Monday 17 March 2014

Ujian dari Allah SWT...

Kita baru masuk bulan Mac bagi tahun 2014. Belum pun setengah tahun, namun sudah pelbagai dugaan dan ujian dari Allah SWT kepada kita hambanya. Antaranya kehilangan kapal terbang MH370, jerebu, kemarau yang berpanjangan (sehingga air terpaksa dicatu), kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan yang paling memeranjatkan dan menyayat hati, kematian lima anak muda di sebuah konsert "Future Music Festival Asia".

Masalah kemarau yang berpanjangan mengakibatkan mudahnya kebakaran terbuka dan ini juga menghasilkan jerebu yang boleh mendatangkan kesan buruk pada mereka yang menghidunya. Di kawasan rumah Ustaz Sensei adalah antara kawasan yang tercatat bacaan paling tinggi hingga menyebabkan adik-adik tidak bersekolah (ekoran sekolah ditutup).

Selain itu, negara kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan liwatnya; yang mendapat tentangan pelbagai pihak.

Belumpun reda perkara itu, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan satu lagi berita; iaitu kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih hilang tidak dapat dikesan...

Sedang negara berhempas pulas mencari dan menyelamat krew dan penumpang MH370, tiba-tiba ada lagi berita yang tidak baik; iaitu kematian lima orang anak muda (yang mana tiga daripadanya adalah Islam) di sebuah konsert festival baru-baru ini. Anak-anak muda ini yang sepatutnya menjadi harapan bangsa, tewas dengan penangan "dadah" dan "alkohol" (menurut sumber).

Apakah kita masih tidak sedar??

Apakah kita masih tidak mahu bertaubat??

Apakah kita masih tidak belajar daripada balasan Allah SWT terhadap kaum-kaum terdahulu??

Dengan gejala gaynya, pemimpin-pemimpin yang zalim (saya tidak tujukan pada siapa-siapa, cuma secara umum), anak derhaka, bayi-bayi dibuang, apakah kita yakin kita antara yang bakal diselamatkan oleh Allah SWT apabila turunnya bala kelak??

Wallahu'alam.


Masih belum terlambat untuk kita bertaubat......


"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

(Surah Al-Hajj; ayat 41)

Wednesday 19 February 2014

Senyuman semanis gula….



Baru-baru ini kawan Ustaz Sensei bercerita :


“Kat pantry ofis saya, gula, teh, susu dan semua bahan nak buat macam minuman semuanya kena bawak sendiri. Ada la juga yang tong-tong (kongsi) duit beli lepas tu letak kat situ, saya orang baru segan nak masuk dalam kumpulan ni, siap ada nama : “teh tarik crew”… 


Saya pun bawak la gula sendiri. Depan saya ni ada seorang budak perempuan Atifah nama dia (bukan nama sebenar), selalu lupa nak beli gula sendiri, jadi satu hari tu dia mintak pinjam, sebab sorang lagi kawan ada minta juga gula yang saya bawa… katanya : 


“Atifah pinjam yee, nanti ganti balik.”


Saya kata kat dia, “Ala… tak payah ganti pun takpe, pakai je. Kalau Atifah nak guna, aku takder kat meja, boleh cari kat drawer bawah ni…” (sambil menunjukkan tempat saya simpan).


Atifah ni guna tak banyak mana pun…. Dia ambil dua kali je. 


Tiba-tiba satu hari dia datang kat meja saya.


“Fairus (bukan nama sebenar), nah… ni Atifah ganti gula yang Atifah pinjam,” katanya sambil tersenyum. Saya kaget bukan main. Memang tak harap pun dia balas apa-apa.


“Ehh… jangan la macam ni. Tak pe, tak payah ganti pun tak pe,” saya senyum balik.


“Jangan la macam tu. Ambil la,”


“Tak pe… letak kat tempat Atifah. Nanti kalau gula aku dah abes, aku minta kat Atifah…”
 

“Jangan la macam tu. Ambil la…”


“-Eerr…. Jangan le sampai sekilo. Banyak sangat ni. Atifah guna gula yang aku bawak berapa kali je,”


“Tak apalah… rezeki Fairus ni….” Saya pun ambil gula tu darinya, senyum sambil ucap terima kasih.
Tak sangka betul ada juga orang macam ni. Kongsi rezeki sama-sama.


Ustaz Sensei senyum. Ustaz Sensei kata kat dia :


 “Allah Maha Kaya bro. Kita takkan jangka rezeki yang Dia nak beri pada kita. Bila kita memerlukan, kita doa atau berkongsi rezeki dengan orang lain, maka Allah akan murahkan lagi rezeki kita. Luaskan lagi pintunya. InsyaAllah, “ Kata saya sambil beredar. 


Nampaknya sebulan ini senyumannya pasti semanis gula, 


InsyaAllah.




Tuesday 18 February 2014

Puuhh kanann… Puuhh kiri….




Ustaz Sensei berkesempatan sekejab tadi untuk update fb, terlihat satu tajuk yang menarik perhatian Ustaz Sensei, yang di update oleh satu group yang mana Ustaz Sensei dah like.

 Dari situ, pelbagai komen yang dikemukakan. Ada yang bagus, ada yang hancuss…

Ustaz Sensei tertarik apabila seorang pengunjung mengatakan tentang kajian sains terhadap molekul air yang berubah apabila dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an, yang mana hal itu Ustaz Sensei bersetuju sangat sebab Ustaz Sensei pun ada terbaca jurnal tu.. Tapi bila direnung pada suatu sudut, APA TINDAKAN KITA SELEPAS KITA MENGETAHUI KAJIAN SAINS TERSEBUT??
Maka lahirlah pelbagai barangan-barangan jualan yang berkeraskan berteraskan Islam. Antaranya air jampi sarang anai-anai yang memakan Al-Quran sebanyak 22 juzuk; tak termasuk cendawan apa-ntah-lagi seperti yang terdapat pada blog mediapermatangpauh.blogspot.com ni :


Lepas tu lucu pulak bila baca komen yang bawah sekali ni.. hihihi :




Dalam pada orang kita ni mendapatkan rawatan, atau berusaha terhadap segala kesulitan, kita terlupa dengan satu hakikat bahawa penyembuhan itu adalah dengan izin Allah s.w.t.

Kenapa Ustaz Sensei cakap macam ni?

Sebab kita selalunya usaha sahaja terhadap penyembuhan tanpa ada tawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, jadi bila tak bertawakkal, mula le macam-macam perkara mengarut kita buat hanya untuk mendapatkan penyembuhan yang tidak kita sandarkan pada kuasa Allah s.w.t. Banyak je perkara-perkara “kurang bijak” yang kita akan buat bila terdesak dan bila dah terdesak, apa pun boleh jadi!


Secara terang-terangan Allah s.w.t  telah memerintahkan kita untuk meminta kepadaNya akan sesuatu perkara :

Firman Allah s.w.t :


“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghaafir; ayat 60).


Dan satu lagi dalil meminta pertolongan dari Allah s.w.t dengan sabar dan solat :



"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah; ayat 153)

 
Kita juga sering terlupa; bahawa ujian dari Allah s.w.t itu juga mungkin balasan atas apa yang kita telah kerjakan (balasan ketika di dunia), maka meringankan balasan kita di akhirat kelak (seperti jatuh sakit dan sebagainya) atau ujian untuk menaikkan lagi tahap iman kita kepadaNya… seperti dalam dalil di bawah ini :




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

(Surah Al-Baqarah; ayat 286)


Manakala dalam surah Al-Ankabut pula menyebut tentang ujian Allah s.w.t yang didatangkan kepada hamba-hambaNya:




"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".

(Surah Al-Ankabut; ayat 2 - 3)


Nah, segala terbentang di depan mata. Tepuk dada tanya iman.

Ustaz Sensei tidak bermaksud tidak boleh berusaha untuk penyembuhan, tetapi biarlah menurut cara yang benar-benar menepati syarak dan cara Islam. Hanya ayat-ayat Al-Qur’an sahaja yang digunakan dalam proses merawat, tak perlulah segala barang-barang campur itu, campur ini yang akhirnya didakwa sebagai “rawatan alternatif".

Sendiri boleh fikir, yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Kenapa para sahabat sendiri tidak buat perniagaan macam ni? Sedangkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah antara sahabat Rasulullah s.a.w yang berjaya dalam bidang perdagangan. Kenapa tak ada air “sarang anai-anai” zaman pemerintahan beliau??

Renung-renungkan (kalau otak tak benak terminum air ada serangga).

Wallahua'lam.

Monday 17 February 2014

Walimatulurus : Penyatuan dua hati....

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam Ustaz Sensei sempat bersama mak Ustaz Sensei, menghadiri majlis walimatulurus sepupu Ustaz Sensei di Seksyen 18, Shah Alam.

Majlisnya sederhana, tidak terlalu gah atau mewah, siap ada cendol (Ustaz Sensei ambil semangkuk je, takut nanti kalau dua mangkuk bertambah jadi tiga pula... hihihi), ada juga set karaoke (Ustaz Sensei tak sempat nak men'sumbang'kan satu dua lagu sebab dah mendung...) dan juga makan beradab termasuklah pelamin untuk pengantin bersanding.

Mak Ustaz Sensei bagi sampul berisi duit untuk Ustaz Sensei serahkan pada tuan rumah (kira macam salam berisilah), malah Ustaz Sensei makin kaget lak. Dua tiga orang yang disalam semuanya bukan tuan rumah, siap bagi balik sampul kat Ustaz Sensei.. hihihi.

Dalam pada kekalutan dan juga kepelikan Ustaz Sensei terfikir,

"Dari mana datangnya budaya bersalam isi sampul ni??"

Setau Ustaz Sensei, budaya ini adalah budaya bangsa tionghua (betulkan Ustaz Sensei kalau tersilap), yang mana tetamu memberikan sampul berisi wang kepada kepada tuan rumah sebagai tanda "prosperous".


Lalu Ustaz Sensei pun post la kat FB bertanyakan perkara ini... Sebab rasanya konsep orang menghulur tu macam tak kena. Yelah, Walimatulurus ni kita jamu tetamu untuk menghebahkan pernikahan, tapi ni ada pulak yang memberi sumbangan...

Ekoran itu, macam-macam hal-lah orang punya respons... sampai ada yang panggil Ustaz Sensei wasabi  wahabi kerana bertanyakan hal ini, hihihi...

Teringat pula Ustaz Sensei dengan satu hadith apabila ada antara rakan fb Ustaz Sensei menyebutnya :

Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda, 
 
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (HR. Abu Dawud, Al-Libas, 3512. Al-Albany berkata dalam Shahih Abu Dawud, Hasan Shahih no. 3401)

Dari pelbagai sudut pendapat ulama, hadith ini membincangkan tentang "menyerupai orang kafir" yang terdapat pada dua bahagian :

1) Menyerupai dari segi ibadah mereka.

2) Menyerupai akan sesuatu perbuatan yang bukan asal daripada mereka, tetapi orang kafir juga melakukannya.


Wallahua'lam.

Ustaz Sensei tak mahir dalam bab Hadith. Ia bukan cabang yang Ustaz Sensei pernah ceburi dulu. Mungkin pengunjung blog ini boleh bertanya pada yang arif, seperti Ustaz Love?

Friday 14 February 2014

~~Muqaddimah~~

Assalamu'alaikum wbt....

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak Ustaz Sensei buat blog sendiri. Terima kasih pada al-fathil Ustaz Love untuk idea ini.

Sebenarnya tiada apa yang boleh dinukilkan kecuali isi hati.

Ustaz Sensei sebenarnya bukan ustaz betul pun... sedang dalam perjalanan menuju ke sana (insyaAllah)... Sedang dalam proses ambil tauliah untuk ceramah; tapi dalam bidang pentadbiran harta pusaka menurut Islam, dan melanjutkan pelajaran diploma dalam pengajian Islam. Cuma orang sekeliling je selalu panggil Ustaz Sensei, sebagai "ustaz".

Ustaz Sensei sekadar imam muda kat surau kariah ustaz, AJK surau dan juga guru mengaji muqaddam dan Iqra'. Itu je... malu oohh.... :">

Malu sebenarnya bila orang panggil kita sebegitu bila kita masih tak layak... Dari situ Ustaz Love ni tadi bagi idea utk menulis. Katanya untuk berdakwah tak semestinya kita perlu jadi ustaz, tapi berdakwahlah perkara yang sahih / pasti.

InsyaAllah perlahan-lahan.

Semoga Allah permudahkan perjalanan Ustaz Sensei nanti.

"Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Rabbi Thamim Bil Khair..."

InsyaAllah.....